LOVE

LOVE

Sunday, 14 September 2014

Tips-tips Penjagaan Rambut.

Alhamdulillah...
Kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di ruangan blog ini juga berkonsi sedikit pengalaman  kepada kawan-kawan.

Mesti kawan-kawan semua pelik kan..kenapa nak share tips-tips macam ni ??....

Kisah bermula selepas melahirkan anak pertama yang kini berusia 3 tahun 8 bulan.Dila mengalami masalah kulit kepala yang sangat kritikal.Bermacam-macam produk dandanan rambut dah Dila cuba tetapi masih lagi x menjadi.Kesannya kulit kepala dila menjadi gatal, dipenuhi dengan kelemumur serta mengalami keguguran rambut yang sangat kritikal.



ANTARA PRODUK2 YANG PERNAH DILA AMBIL...

Selepas pelbagai jenis shampoo dah Dila cuba masih lagi tidak mendatangkan kesan.Dila mula menggunakan Kaedah Tradisional untuk membantu mengurangkan kelemumur juga keguguran rambut Dila.

ANTARA TIPS-TIPSNYA :


  1. Dila mengamalkan penggunaan Daun Alovera setiap seminggu dua kali.Caranya mudah,basuh dan sapukan lendiran aloevera di kulit kepala.Biarkan sehingga kering,Kemudian bilas dengan shampoo.Ini bagi menghilangkan kegatalan kulit kepala serta kembali melebatkan rambut.


      2. Dila juga menggunakan serai bagi merawat rambut dila yang mula bercabang serta rosak.Serai bertujuan untuk menguatkan rambut dan merawat kembali rambut.Serai ni dila ketuk dalam 7 ke 8 batang..kalau rajin boleh blend n rebus..lepas tu lumurkan dekat kepala dan tutup kepala dengan tuala.Biarkan selama 20 MINIT dan bilas.


     3. Dila juga menggunakan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur degil.Tapi ingat sebelum guna.pastikan kulit kepala tidak luka yer...kalau x tau la azabnya bila perahan air limau terkena kulit kepala...Buat ni 2 kali seminggu pun dah cukup.


    4. Dila juga menggunakan daun inai untuk melembutkan juga membantu melambatkan rambut beruban .Senang je...blend daun inai sampai hancur,lepas tu lumur dekat kepala.,tutup dengan tuala.Biarkan semalaman dan bilas keesokkan hari.Kesannya memang lembut sangat rambut ni.Cuma ada bau daun inai sikit la...

Antara petua tradisonal yang dila amalkan.Memang memberi kesan yang agak baik kepada kulit kepala selain Dila mengamalkan Supplement Shaklee untuk membantu dari dalam.


Dila juga menggunakan Syampu Shaklee untuk membantu masalah rambut yang Dila alami. Alhamdulillah berkat usaha dan ikhtiar.Kini semua masalah tersebut sudah berkurangan.Rambut pun mula tumbuh seperti dahulu.kelemumur juga hilang dan kulit kepala dila kembali Sihat....
X perlu nak buang banyak duit untuk mengembalikan kecantikkan RAMBUT kita..

                                    

Kini semua orang mampu untuk mempunyai rambut yang cantik setaraf dengan rawatan rambut di Salun Dandanan rambut.
APA TUNGGU LAGI ???  nak order atau nak tau lebih lanjut lagi..jgn malu-malu...
WASSAP/SMS : DILA 013-3441002
Pengedar sah Shaklee anda.








3 comments:

..::Mama Chrysalis::.. said...
This comment has been removed by the author.
..::Mama Chrysalis::.. said...

Pakai serai pun boleh ye dila? Mama baru tau...:-)

Unknown said...

Ye boleh mama....cuba la...dila suka lepas blend...rebus dulu....baru air dia tu keluar......best sgt