LOVE

LOVE

Monday, 8 September 2014

SHAKLEE EFFECT

Alhamdulillah

Hari ini berpeluang untuk berkongsi pengalaman Dila menggunakan Shaklee dan Kenapa Dila berani  untuk mencuba produk ini ?



Mula mengenali Shaklee  dari seorang sahabat baik  (Hanni Kamilla Hanafi)yang semestinya terlebih awal mengamalkan supplement ini.

Dila mula mengambil supplement shaklee pada tahun 2012,  selepas mengalami masalah pembuangan toksid yang amat kritikal.Setiap kali masuk tandas mesti berair air mata.,,kadang2 sampai berdarah-darah bila nak melepaskan hajat besar.Disebabkan terlalu takut dengan masalah tersebut dila mula mendapatkan nasihat daripada Doktor.Pelbagai cadangan diberikan supaya masalah tersebut dapat diatasi termasuk diberikan ubat untuk lawas.setiap kali mengambil ubat Klinik dila memang lawas macam biasa tapi bila stop masalah berulang balik.

Macam-macam supplement dah dila try tapi semua hampa , bila stop je jadi balik....Nak dijadikan cerita masa tu juga Adam masih lagi menyusu badan.Risau juga apa yang dila makan akan mendatangkan kesan pada anak dila.

Bila Hanni suggest amik Shaklee mmg dila tak tunggu lagi dah.Dila mula dengan ambil Lechitin.Alfalfa,Herb lax dan Esp.Kesannya memang menakjubkan best sgt.Semua yang dila nak menjadi.Berak lawas, susu anak pun makin banyak dan pekat.

Paling best bila dila stop makan supplemnt shaklee sampai 1 bulan pun masih lagi dapat menjalankan aktiviti pembuangan dengan baik.Syukur alhamdulillah.

Lepas tu dila mula tambah beberapa vitamin lagi untuk membantu dalaman dila. Adat perempuan mesti nak cantik. Dila tambah lagi dengan  mengambil vitamin C,vitamin E dan juga zink setiap hari.

Ini disebabkan dila mempunyai kulit muka yang berjerawat,berparut dan juga tidak sekata.Sehingga hari ini dila masih lagi setia dengan VITAMIN E,VITAMIN C ,ALFALFA DAN ZINK yang memang dila tidak pernah tinggal.

Dila suka shaklee sebab shaklee buat dila rasa mula YAKIN dengan diri dila.Kawan-kawan yang dah lama x jumpa mula bertanya-tanya apa yang dila ambil.Perubahan juga bukan dari segi kulit tapi juga dari segi kesihatan.Masalah sembelit,gastrik dan migrain mula berkurangan. Allah juga mengurniakan kesihatan yang baik selepas Dila mengamalkan Shaklee.

Inilah Dila !!! dari sebelum ada anak sampai la sekarang



Sekarang ni x perlu lagi dah nak make-up tebal-tebal macam dulu.Bedak pun kadang2 lupa nak pakai bila keluar..Perbezaan yang sgt ketara bila dila mengamalkan Supplement Shaklee yang semestinya terbaik.

Sekarang ni rasa macam nak share dengan semua kawan-kawan kebaikkan dan kelebihan yang ada pada Shaklee sememangnya tidak sama dengan produk lain yang pernah dila ambil.

Syukur kerana diketemukan produk yang bagus dan sangat-sangat Semulajadi.













No comments: