LOVE

LOVE

Monday, 1 September 2014

Permata hati

Alhamdulillah.........


Tanggal 04 Januari 2011...tepat jam 6.26 pagi..lahirlah Putera Ummi dan Aby.....Hanya Allah yang tahu perasaan ummi waktu...

Ummi lahirkan anak Ummi tanpa aby di sisi...Jauh di Melaka terpaksa menjalankan tanggungjawap demi negara.....Tapi Ummi x kesepian kerana di temani oleh Tok Abah dan Mak tok yang sangat menyayangi Ummi dan anak Ummi.......

Putera Sulung  Ummi diazankan  Tok Abah yang sentiasa menemani ummi dan menunggu sehingga saat kelahiran anak ummi....
Saat itu "menitis air mata ummi".....Terasa macam ummi baru dilahirkan melihat seorang atuk mengazankan seorang cucu seperti mengazankan Ummi sewaktu ummi dilahirkan.........
  UNTUK ABAH  : TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA

Mak tok pula waktu tu sampai tertidur menunggu UMMI..Cian mak tok kan....Cemas sangat Mak Tok waktu itu. Paling Ummi x boleh lupa bila Mak tok terpaksa tolak ummi sampai ke Labour Room...x der sorg pun nurse yang bantu mak tok.Termengah-mengah mak tok..terpaksa tolak ummi yang masa tu berat hampir 87kg....
  TERIMA KASIH MAK UNTUK SEGALANYA.......


Comel sangat anak ummi....
Waktu ni aby memang x sabar sgt nak balik..."kata aby"  sanggup menunggang motosikal demi untuk anak ummi.....

Selang beberapa hari...keputusan telah dibuat untuk menamakan kesayangan ummi n aby..
ADAM DANISH AMSYAR...nama diberikan ...mengikut kehendak mak tok,ummi dan aby.......

MASA NI DAH CUKUR PUN RAMBUT ADAM
MASA NI ADAM DAH 3 BULAN.......TEMBAM..SAMA MACAM UMMI

MAK TOK ADAM........
NI LA TOK ABAH ADAM
SUKA SGT ABY BILA DAPAT DUKUNG ADAM
BABAM....RNDU MASA NI.....


Kini semakin hari anak ummi semakin membesar...semakin banyak karenah terpaksa dilayan.....
Ummi dan aby x pernah putus berdoa supaya anak ummi sentiasa sihat dan cerdas.

DOA UNTUK ANAK CERDIK..LEMBUT HATI DAN SOLEH


                                                               d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali )ayat
 

Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar solat dan lain-lain.
 atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

TIPS: untuk di amalkan bersama........

ADAM DANISH AMSYAR 
Membesar dan makin membesar.......wajah penuh kenakalan dan kecerdikkan.....Ummi n Aby LOVE U SO MUCH


## TANDA CINTA KAMI ##



No comments: