LOVE

LOVE

Monday, 29 September 2014

Fashion Hijab terkini

Hari ini just nak share beberapa tutorial menggayakan shawl yang sumbernya saya dapat dari pak cik google.....
Kalau dulu terkial2 je bila nak gayakan shawl ni kan...tapi bila internet di hujung jari..klik je dapat apa nak kan...

Dila ni memang suka sangat bila tengok macam-macam fesyen bertudung ni....tapi kalau nk cuba tu jarang2 la kejadian tu berlaku...
Nak pula ada anak lelaki yang suka sangat nak sentuh sana sini kejap lagi hilang la....x sempat langsung nak bergaya...

Antara beberapa tutorial bertudung yang dila suka :



















Cantik-cantikkan...so apa lagi try la...mesti bertambah comel gitu....
tapi apapun Dila lebih suka yang simple n senang gitu.....Kalau lewat bangun g keja pun leh sarung terus je ke kepala tu kan...

Simple je kita kan...tengok ni

bawal biasa je
simple shawl
bukan tudung yang lebih...lipstik tu yang melebih


hmmm..syria je..sarung je settle...bawa dinner pun ok jer...

Dila ni jenis simple n nak cepat siap je..pas tu kalau pakai yang lain macam sikit mula la..lepas solat zohor tu mesti bye bye je gaya yang susah-susah tu kan...

sampai sini dulu lah yer...sesi tayang tudung n sesi nak belajar cara2 pakai shawl yang comel-comel gitu..
pastinya Dila ni x jual tudung yer...Kedai kita untuk SHAKLEE jer...

##SO KALAU NAK ORDER SHAKLEE CARI DILA YER##











Sunday, 28 September 2014

Cabaran hari ke 6 = My Love

Assalamualaikum....
Terima kasih kerana diberi peluang untuk menulis entry kali ini...

Something about my love...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 6 tahun lebih dila mendirikan rumahtangga dengan en.hubby Mohd Norzaibee ....

Hasil perkenalan yang tidak disangka dalam laman chat Msn waktu lepas habis spm ..Rupanya dia adalah jodohku...

Berkenalan melalui internet..berjumpa hanya di kedai makan....Perkenalan yang agak singkat sebenarnya....lepas kenal hampir setahun dila dan dia masing2 menghilang...hanyut dalam dunia masing2.... Mencari cinta masing2 tetapi akhirnya diketemukan kembali selepas 3 tahun menghilang..bertunang dan terus berkahwin dalam masa yang agak singkat..

Akhirnya dia adalah jodoh dan cintaku...terima kasih ya allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang betul2 memahami dan menyayangiku.....dugaan dan cabaran hidup dilalui dengan penuh ketabahan....

Semoga cinta kami berakhir sampai ke Jannah...Baby love syg so much...



posted from Bloggeroid

Wednesday, 24 September 2014

Apa dalam beg saya???

Assalamualaikum...
Hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk melayangkan mata pena ...menulis entry untuk cabaran 30 hari menulis blog.

Beg....apa saja jenis beg la...tapi yang sangat-sangat sinonim dengan wanita mesti la handbag kan....
Kalau x de...macam x percaya juga la kan...

So jadinya mesti dila pun salah deorang tuan empunya handbeg.. Seriously dila ni memang jarang shopping handbeg...seingat dila handbeg terakhir dibeli 2 tahun lepas...hik...hik..hik

Tapi dalam simpanan masih ada 3 handbeg dan satu sling bag yang paling dila sayang..
Hari ni saja je nak share apa yang dila suka bawa dalam beg2 dila tu.....




Beg duit = semestinya sebab dalam tu dila nk isi duit,ic,lesen kad bank n resit2 ntah aper2.

Losen = sebab keja dlm opis selalu kulit kering so sgt2 memerlukan losen la kan.

Tisu basah = keperluan utama juga ni

Pen,note book,calculator,card holder,pamplet shaklee .= dah nama pun berniaga shaklee n kedai dibuka 24 jam so memang la kena ada semua benda ni kan...

Pill box = semestinya dalam tu diisi supplement kegemaran la...vita c,vita e ,zink dan alfalfa Shaklee tau..

Kalau keluar jalan2 siap add on baju n seluar adam termasuk towel tau..

Banyak kan benda alah dalam handbeg dila....so bila nk fon bunyi memang mencabar nak cari tau...
Hubby lak sampai cakap beg dila series macam beg santa claus taw...

X pe apa pun yang dila bawa....mesti ada shaklee juga...ha.ha.ha

##loveshakleesomuch##

posted from Bloggeroid

Monday, 22 September 2014

Cabaran hari ke 7 :Apa yang saya baca ???

Alhamdulillah dapat juga menulis entry ni walaupun agak sibuk sehari dua ni.Ditambah pula hero-hero tersayang demam panas dan memerlukan perhatian yang cukup sempurna.

 Sudahlah terpaksa Marathon sebab tertinggal Dua Cabaran tapi ini bukan penghalang untuk aku putus semangat .

Tajuk : Apa yang saya baca ???

Pengakuan ikhlas dari aku ,sebenarnya sejak berumahtangga memang jarang sangat nak membaca kalau beli buku atau pinjam jenuh nak menghabiskan pembacaan sampai menjangkau berbulan-bulan lamanya..he.he.he...teruk kan.

Lepas ada anak ni baru la mula balik berjinak-jinak  mencari bahan-bahan bacaan untuk anak kesayangan.Kelapangan masa yang ada digunakan untuk membaca setiap cerita atau kisah-kisah yang tercatat dalam  helaian buku-buku tersebut demi memberikan ilmu dan pengetahuan kepada anak yang kini dalam proses membesar .


Antara buku-buku dalam simpanan






 Buku Nutrisi
Sejak mengenali Shaklee juga mengamalkan pengambilan supplement Shaklee aku memang x pernah tinggal buku Panduan Nutrisi Shaklee.Memang best sangat buku ni banyak ilmu yang aku boleh dapat.Kebanyakkan panduan bekenaan setiap supplement yang aku ambil setiap hari sedia terjawab dalam buku panduan ni.So buku ni memang setia dengan aku..Sampai kulit buku tgl sikit lagi je boleh jadi belacan/budu /cencaluk.....so mmg malu la nak upload pic buku ni....terpaksa lagi sekali guna ihsan pak cik google untuk poskan contoh buku yang selalu aku bawa.



Novel

Kalau dulu masa zaman sekolah memang banyak novel yang aku baca terutama novel-novel hasil tulisan AHADIAT AKASHAH...Memang buku sekolah lempar tepi kalau dah dapat novel ni...tu yang selalu kena marah dengan mak n abah tu..
Sekarang ni suka juga bila tgk novel...Memang beli kalau best sangat tapi bila bab nak habiskan bacaan memang susah sangat.



Al-Quran

Kalau yang ni biar sesusah mana pun tetap melekap dihati....Mesti nak baca kalau dapat banyak masa kosong kat rumah. Tambahan pula bila stress memang jadi pelembut dan penyejuk hati.... ISLAM ITU INDAH

ermmmm..bila entry bab membaca ni ...rasa macam malu lak..Amalan membaca buku semakin kurang bila lahirnya pelbagai kemudahan mutimedia...
Orang barat pun masih suka baca buku..walhal negara diaorang lagi membangun.....

##SAYAJUALSHAKLEE##


Thursday, 18 September 2014

Tips kemas rumah

Wow...I LIKE IT

Mengemas rumah memang rutin harian yang terpaksa dilakukan sebagai seorang ibu/isteri...Selalunya bagi suri rumah kerja mengemas ni kurang membebankan kerana mempunyai banyak masa dirumah.Masalah selalunya berlaku bila ibu/isteri ni bekerja dan terpaksa menjalankan banyak tanggungjawap.Walau penat macam mana sekali pun rum ah mesti tetap kena kemas juga kan..

Jom kita share sikit tips2 mengemas rumah yang Dila suka amalkan setiap hari.

ihsan pak cik google

First Step DAPUR

- Bangun awal pagi terus masuk dapur.Kemas barang dari atas dulu sebab malas nak buat kerja banyak kali..sambil mengemas tu kutip kain  kotor n basuh...senang je tekan je butang mesin jalan..settle satu bab.
- Sambil ngemas terus buat sarapan.sarapan siap dapur pun kemas n cantik.Baju pun dah siap basuh..settle

Step 2 Ruang tamu

- Start kemas ruang tamu dengan cuci semua habuk dulu.lepas tu sapu kemas n mop...sambil kemas ruang tamu tu boleh ampai baju tau..jadi bila anak bangun tido terus duduk depan tv menonton cerita kegemaran.tanpa sebarang gangguan masa kita mengemas.

Step 3 Bilik tidur

- kemas bilik tido secantik yang mungkin...lepas tu boleh mandi n sekali cuci bilik air.Jadi rumah bersih.kita pun bersih n wangi gitu macam rumah kita tau...
X de lah bila orang datang rumah pagi2 tu kita kusut masai sebab masa yang ada tidak mencukupi untuk kita.


Tips masak 

- Prepare siap2 semua bahan2 masakan.
Ingat kalau nak cepat sekalipun better jangan guna perencah siap yang banyak jual dekat kedai sebab x elok untuk kesihatan kita n family kalau di amalkan.

## Paling penting DILA mesti minum ESP + Performance Drink memang tenaga berganda n langsung x rasa letih tau.

PERFORMANCE DRINK
Energizing Soy Protein

Best ke tak MOH pm kita lelaju yer....

Pengedar sah shaklee anda : DILA 013-3441002




Tempat makan paling BEST

Alhamdulillah dapat juga menulis entry ni.Walaupun dah terlepas satu hari hope korang suka dengan entry ni. Sorry semalam memang x dapat nak fokus untuk menulis.
Thanks tu Mama Nurul sebab bantu untuk entry tempat makan paling sedap ni.

Sebenarnya Dila ni jarang makan dekat luar.Selalunya masak je kat rumah,kalau keluar hubby lebih suka makan makanan yang jarang kita makan macam Steamboat,sushi,subway n apa saja yang ala2 western gitu lah.......Sebab malas nak buat masakan macam tu dekat rumah.

Masakan paling best atau tempat paling best dalam hidup DILA semestinya bertempat di rumah mak Dila la..Masakan mak memang paling best sangat-sangat.Sampaikan adik-adik kalau g sekolah sanggup x makan sebab nak balik makan masakan mak dekat rumah.

Menu paling best bila time raya tau..Mak akan masak semua makanan kesukaan kami...Suasana menjelang raya memang x boleh lupa.Kami anak beranak sama-sama bantu mak mengayam ketupat palas walaupun x pandai atau x jadi nak juga tolong..Bila malam salah seorang dari kami mesti akan mula operasi untuk berinai.Raya bagi kami mesti ada inai...memang syok sangat.....Dila selalu malas bab tu..lebih suka buat kuih lagi..Alang la selalu jadi mangsa kami,cian dekat adik sorang tu kan.

Abah pula sekarang ni dah x nak lagi beli ketupat.Sebabnya ketupat mak adalah yang terbaik dan meemnuhi citarasa abah kesayangan kami.
sumber dr google

kawan2 kalau datang rumah pula mesti request nak bihun sup terbaik mak....
sumber dr google

ha....TA DAAAAA.....kite suka ni.

Tahun ni memang dila x dapat nak merasa semua ni sebab x dapat nak balik beraya sama-sama pada  syawal..Tahun pertama Dila kena bekerja shif n beraya dengan penghuni  Di Rumah Seri Kenangan Cheng.
My family dekat rumah tok kita
Dekat rumah mak

bergambar bersama family p.teh..adik abah..adam je ada wakil ummi dengan aby dia dalam ni..

Memang best sangat....Setiap hari ada saja mak masak start dari raya pertama sampai la habis raya..Semua orang suka makan masakan mak kami tau....Rindu sangat masakan mak yang memang takkan dapat dekat mana-mana kedai pun...Thanks mak untuk segalanya..MAK ADALAH YANG TERBEST dalam hidup along.
INI LAH MAK KITA

Wednesday, 17 September 2014

Resepi Rendang kupang

Hari ni hari kedua Cabaran 30 Hari Dila untuk menulis blog....

Entry hari ni bertajuk Resepi...apa yang Dila nak share dengan kawan2...sangat mudah dan simple....

Resepi Rendang Kupang

Bahan2
Semangkuk kupang
I inci halia
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci Kunyit hidup
3 batang serai
2 inci lengkuas
8 biji cili padi
Santan
Kerisik
Daun kunyit
Daun limau
Santan
Sedikit garam untuk perasa

Cara2 nya
-Kisar kesemua bahan kecuali daun limau,daun kunyit dan santan.
- tumis kesemua bahan tadi sehingga pecah minyak.
- masukkan kerisik dan santan...kacau hingga mendidih...
- masukkan kupang ,daun limau dan hirisan daun kunyit.
- masukkan garam sebagai perasa dan kacau hingga kering.


Lepas siap hidangkan bersama nasi....memang sedap sangat...Hari ni en.hubby makan sampai 3 kali tambah .....memang best lah....






Ok apa lagi jom try buat....ohsemmmmm

posted from Bloggeroid

Tuesday, 16 September 2014

Its me Noradilah

Entry untuk hari ini....untuk kita saling mengenali dengan lebih rapat...


Nama saya Noradilah...korang boleh panggil adila or dila....tapi kalau dekat kampung semua orang panggil dila dengan panggilan kak Long kerana dila anak sulung dari 8 orang adik beradik....

Dila telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata lelaki.Adam Danish Amsyar seorang anak yang kini menjangkau usia 3 tahun lebih dalam usia perkahwinan dila hampir 6 tahun lebih...Dila kini bekerja di Rumah Seri Kenangan cheng Melaka(post biasa2 je)selepas berpindah dari Penang.

Menjadi seorang ibu tentunya sangat diimpikan semua orang..tetapi untuk menjalankan tanggungjawap sebagai seorang ibu,isteri dan pekerja sangat berat bebanan yang terpaksa di hadapi...TAmbahan pula sekarang ni terpaksa bekerja syif kerana pejabat beroperasi 24 jam.

Tapi semua ni bukan penghalang untuk dila melaksanakan semua tanggungjawap.Dila juga mempunyai pendapatan sampingan dengan menjadikan Shaklee sebagai peluang untuk dila menjana pendapatan.

Bermula dengan makan sendiri je...lepas dapat banyak effect dari pengambilan supplement shaklee membuatkan dila rasa teruja untuk berkongsi dengan semua orang...Hasilnya ada la pendapatan smpingan setiap bulan tanpa mengeluarkan modal yang banyak..

Kalau dulu macam2 dila cuba nak berniaga.. Brooch,kain ,dan tudung tapi tidak mendapat sambutan yang baik.sebaliknya habis semua modal yang suami dila bagi..lepas tu dila mula rasa down...buat shaklee pun x pandai sgt berinternet....byk juga mengharap dari hasil pamplet yang dila edarkan di kedai2 atau pun di kawasan2 perumahan...Pendapatan shaklee memang boleh membantu dila walaupun x banyak yang dila dapat setiap bulan...

kenapa x banyak...sebabnya dila ni malas sikit.....tambah lak bila nk update info setiap hari...JADI KENA INGAT apapun perniagaan kalau kita malas pasti sikiy hasilnya,kalau kita rajin memang kita akan nampak banyak hasilnya........

Sekarang ni dila mula nk jinakkan diri dalam berblogger untuk berkongsi semua info yang dila ada x kira lah dari segi berbisness atau puj dalam kehidupan seharian..

Mungkin Dila sangat bertuah kerana suami dila sentiasa menyokong setiap apa yang dila ceburi....suami dila sentiasa membantu sekiranya dila mempunyai masalah.Adam juga penguat Dila untuk berjaya...

Insyaallah pasti suatu hari nanti dila mampu mencapai tahap yang paling tinggi dalam bisness yang dila ceburi..menjadi seperti Master-master Shaklee yang berjaya.




posted from Bloggeroid

Monday, 15 September 2014

BUASIR


Apa Tu ???? Buasir.......x tau pun...jom kita share info sama-sama yer.

Penyakit Buasir atau Hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat 4 peringkat  yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :

Tahap 1:  Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2: Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).
Tahap 3: Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4: Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau Penyebab:
a.  Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
b.  Cirit-birit yang kronik.
c.  Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
d.  Mengandung atau bersalin.

Simptom-Simptom Penyakit Buasir:
1.  Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
3. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
4. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
5. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempuh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

Buasir Luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

sumber : ENSIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Kini Shaklee memperkenalkan beberapa supplement untuk membantu merawat buasir.


## maklumat lanjut hubungi dila di talian tertera....Setiap pembelian akan mendapat pelbagai keistimewaan dari kami...##







JAGA DIA UNTUKKU



LIRIK LAGU JAGA DIA UNTUKKU – SITI NURHALIZA


Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia
Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Lagu : Jaga Dia Untukku
Artis : Siti Nurhaliza
HANYA UNTUK SUAMI TERSAYANG MOHD NORZAIBEE..baby love u so much...

Jalan-jalan hujung minggu

Assalamualaikum......
Entry hari ni....Jalan-jalan hujung minggu dengan suami dan anak tersayang..

Sebenarnya x pergi mana-mana pun.Jalan-jalan area Melaka je sbb x boleh lewat coz keja malam semalam.Perancangan sebenarnya nak bawa adam pergi zoo ari sabtu.Tapi apakan daya,satu hari x de air dekat rumah Dila. Jadinya kami 3 beranak berlingkar macam ular sawa je lah dalam rumah.

Hendak dijadikan cerita ahad tu kawan satu tempat keja jemput ke majlis doa selamat sempena Pembukaan kedai Kek di Bukit Beruang.Bila ajak hubby dia on so kami pun apa lagi melompat la bersiap.Sebabnya dah bosan asyik terperuk dalam rumah.
Selfie dulu dengan mamat kecil ni......
kacau aby tengah drive..mcm ni la jadinya pic......
dah sampai dah dekat sini..so apa lagi..terus  sambar pinggan...

Sekitar majlis bacaan doa selamat..

Pilih..pilih banyak lauk ni..x termakan jawapnya....
makanlah kami bertiga jawapnya......ni pic tuan kedai yang amik..
Selesai ja makan..En hubby ajak gi Jusco...layan adam jap....jalan-jalan cuci mata......pas tu melayan dua-dua beranak ni main game.

Misi bermula.....perang.....
Adam bergaya je lebih....yg betul2 main abynya la..
Habis dah penat..balik la apa lagi....OTW balik ajak en.hubby singgah MASJID CINA MELAKA.

CANTIKK KAN...masjid cina Melaka
layan...zasssss
tgk adam....nk juga mencelah kat dalam tu...layan je lah...
sorry..kami berdua ni mmg suka amik gambar....so pic aby mmg kurang lah dlm ni..sbb dia pemalu orangnya(ha.ha.ha)


X lama pun duduk melepak dekat sini...Adam dah start mengamuk.mengantuk sangat seharian dia x tido.Apa lagi start keta balik rumah..Ummi pun nk keja malam..

## Best sgt hari ni ,dapat luangkan masa untuk hero-hero tersayang.Walaupun tempat yang dituju tu sangat2 biasa tetapi cukup menyeronokkan ##

@@@love my husband n my little hero so much@@  muahhhhhh.......................

SEMOGA IKATAN YANG KITA BINA AKAN KEKAL BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT.